Download 4.Hakikat Insan-Ahmad Laksamana PDF

Title4.Hakikat Insan-Ahmad Laksamana
File Size17.3 MB
Total Pages264
Table of Contents
                            cover copy
DAFTAR ISI
ISI BUKU
                        
Document Text Contents
Page 2

مڠنل ديري مڠنل توهن





OLEH
HJ. AHMAD LAKSMANA BIN OMAR

(Indra Bongsu Kota Bharu Kelantan)


Cetakan Pertama
1985




Disalin kembali Sesuai aslinya
Diperuntukan bagi kalangan sendiri


Oleh

Kaharuzaman ibnu Mahmudun bin Abdullah Sani ibnu Kemas Toyib Palimbani
Pada 1hb Ramadhan 1436H/18 Juni 2015

Di Desa Muara Fajar Kota Pekanbaru
Riau Indonesia








Hak cipta Terpelihara
Mana.-mana bahgian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan balik. disimpan dalam sistem simpan kekal
atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang carasainada cara elektronik. sawatan, salin
foto dan sebagainya tanpa terlebih dahulu mendapat izin dari Haji Ahmad Laksamana.






i

Page 132

نل توهن نل ديري م احمد لقسمان كوتبهارو كالنتان اواه حاج -م َحِقْیقَةِ اِْنَسان

Carilah aku di dalam aku Aku berselindung di dalam terang 121

Page 133

اِْنَسان َحِقْیقَةِ نل توهن نل ديري م اواه حاج احمد لقسمان كوتبهارو كالنتان -م
 

122  Carilah aku di dalam aku Aku berselindung di dalam terang

 

BAB 12


Sembahyang yang pernah diterangkan pada bab-bab yang lalu. bahawasanya
sembahyang itu adalah merupakan satu cara istiadat bagi membolehkan kit a
berdiri menyaksikan diri k.ita sendiri. Kita harus mengerjakan istiadat 5 waktu
pada masa 24 jam serari semalam. Oleh itu adalah pertu bagi kita mengetahui
satu cara hakiki untuk menunaikan sembahyang. '

Rasulullah s.a.w. telahpun menerima istiadat atau cara-cara sembahyang ini
daripada TuhanNya di dalam satu peristiwa Israk dan Mikraj. Maka di dalam
peristiwa itulah Rasulullah s.a.w. menerima sembahyang dan istiadat
sembahyang tersebut. Male.a jadilah sembahyang 5 waktu itu tunggak dan tiang
agong bagi hakiki hidup manusia ilu sendiri.

Di dalam pertemuan rahsia dengan Allah S.w.t . Baginda Rasulullah s.a.w telah
menerima cara-cara sembahyang sebagaimana cara-cara sembahyang para-para
malaikat. rasul. aulia-aulia yang dizahirkan oleh Allah terlebih dahulu daripada
Baginda.

Maka terimalah Rasulullah akan cara tertib tereni sembahyang tersebut dan
kemudiannya digezetkan oleh Baginda di dalam peraturan syariat Islam dan
ianya menjadi rukun Islam yang kedua.

Cara peraturan istiadat sembahyang itu hendaklah menjadi panduan dan ikutan
kepada umat·umatnya sampailah dunia ini kiamat dan akhirat menjelang tiba.
Di dalarn mensyariatkan cara·cara sembanyang ini Rasulullah s.a.w. pernah
bersabda :

َصلُّْواَكَماَرأَیَتُُمْوِغى اَُصِلى
“Sembahyanglah sebagaimana Aku sembahyang”.

Di dalam menunaikan syariat solat ini syariat Muhammad telahpun menetapkan
hanya satu cara solat yang mutlak iaitu sembahyang atau solat yang benar·benar
mengikut , sebagaimana cara-caranya yang diterima oleh Rasulullah s.a,w. Dari
Tuhannya saja yang harus menjadi panduan dan amalan oleh umatnya.

Justeru itu jika diamalkan selain daripada cara·cara solat yang diterima oleh
Rasulullah s.a.w. dengan Tuhan itu maka sembahyang yang diamalkan itu
adalah kosong sembahyang pak turut semata-mata. tengok orang takbir kita
takbir. tengok kita sujud. tengok orang baca tahayat kitapun baca tahayat. tetapi
kebanyakan daripada kita tidak pernah belajar sembahyang. dan tidak pernah
menyoal diri kita sendiri kenapa kita sembahyang dan kenapa pula sembahyang
ddibuat begitu rupa sekali (ada rukuk. sujud dan sabagainya).

Page 263

اِْنَسان َحِقْیقَةِ نل توهن نل ديري م اواه حاج احمد لقسمان كوتبهارو كالنتان -م
 

252 Carilah aku di dalam aku Aku berselindung di dalam terang

 


Engkau kaya
Tiada berduit
Engkau mengetahui
Tanpa belajar


Engkau ................
Itu siapa
Cuba teka
Ramai sebutmu
Tiada ketahui tempatmu
Dimana ............


Rupa rupa dalam diriku
Kafirlah aku


Kota Bharu
12/5/85
Jam 2.00 pagi


Bengong aku
Aku mau
Mu aku
Mu sembunyi
Dalam terang
Bagaimana ya !!!!!!!

Bodoh .........
Mu aku
Aku mu
Sudah kukata
Sudah kukata
Janji setia ........

Kota Bharu
11/2/85
Jam 4.00

Page 264

نل توهن نل ديري م احمد لقسمان كوتبهارو كالنتان اواه حاج -م َحِقْیقَةِ اِْنَسان

Carilah aku di dalam aku Aku berselindung di dalam terang 253




MU MU



Mana Allah
Aku tuhan

Mana Muhammad
Aku nabi

Mana langit
Aku bumi
Mana laut
Aku ombak


Mana neraka
Aku syurga

Mana malaikat
Aku syaitan
Mana hawa
Aku adam

Mana kadim
Aku mahadah

Mana mu
Aku aku

Mana aku
Mu mu





Kota Bharu
23/1/85

Similer Documents