Download Minit Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2017 PDF

TitleMinit Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2017
File Size143.3 KB
Total Pages13
Document Text Contents
Page 2

Tidak hadir :

1
2
3

En Fuad Bin Shamsudin – Menanda kertas SPM
Pn Hajjah Faezia Binti Salleh – Mengerjakan umrah
Pn Nuzuriaty Fadhzilla Binti Mohd – Cuti Bersalin

1.0 Ucapan Pengerusi Majlis
1.1 En Abd Wahab Bin Maadah, Pengetua Cemerlang SMK Intan Perdana
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru atas kehadiran ke mesyuarat guru
kali pertama ini. Beliau juga mengalu-alukan kedatangan 5 orang guru yang berjaya
ditukarkan ke SMK Intan Perdana dan meminta guru guru tersebut memperkenalkan diri.
Beliau berharap semua guru dapat bekerjasama serta menunjuk ajar sesama guru
supaya dapat bersama-sama meningkatkan kecemerlangan sekolah.
1.2 Tuan Pengetua juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga
SMKIP kerana berjaya memperoleh pencapaian yang agak cemerlang dalam
peperiksaan PT3 2016 iaitu 2 orang pelajar mendapat 9A,1B dan 2 orang pelajar
mendapat 8A,2B. Namun beliau berdukacita kerana tiada seorang pelajar pun yang
berjaya memperoleh A dalam matapelajaran Sains dalam PT3 2016. Oleh itu, beliau
meminta guru guru yang mengajar matapelajaran Sains berbincang dalam mesyuarat
panitia untuk mengenalpasti cara cara meningkatkan prestasi pelajar dalam
matapelajaran tersebut.

Tindakan: Makluman
1.3 Beliau seterusnya mengarahkan Pn Sharifah untuk menyediakan banner yang
mempamerkan wajah wajah pelajar yang berjaya memperoleh 6A dan ke atas sebagai
pendorong dan secara tidak langsung dapat meraih kepercayaan ibubapa untuk
menghantar anak anak mereka ke SMK Intan Perdana.

Tindakan: Kaunselor
1.4 Hal ini seiringan dengan halatuju sekolah untuk melahirkan lebih ramai lagi pelajar
yang cemerlang dari segi akademik. Ini terbukti dengan hasil usaha yang berterusan dari
semua guru yang gigih menjalankan kelas tambahan tidak kira hari dan masa.
1.5 Beliau menekankan juga bahawa sekolah SMK Intan Perdana sentiasa
menitikberatkan pembentukan sahsiah di kalangan pelajar. Beliau dengan sukacitanya
memaklumkan bahawa sekolah telah berjaya dalam aspek tersebut dengan memperoleh
0 % peratus dari segi kesalahan disiplin. Beliau berharap warga SMK Intan Perdana
dapat mengekalkan tahap disiplin para pelajar bagi tahun tahun berikutnya kerana unsur
disiplin dapat memberi kesan dari segi akademik seseorang pelajar.

Tindakan: Makluman
1.6 Namun, beliau memaklumkan bahawa sekolah perlu menghantar laporan ke PPD
berikutan kemerosotan kehadiran pelajar terutamanya ketidakhadiran pelajar dalam
bulan November menyebabkan sekolah hanya memperoleh 90% secara keseluruhannya
(tidak mencapai KPI 95%).

Tindakan: GPK1, GPK HEM, GPK KOKO
1.7 Beliau juga mengucapkan tahniah kepada En Shahrul Yusri, En Ahmad Nadzri, En
Mohd Khairul Abadi dan En Megat Mohd Shahir serta semua guru kerana berjaya
melahirkan atlet atlet yang cemerlang dari segi kokurikulum sejajar dengan halatuju
sekolah yang menuju ke arah kebitaraan olahraga. Oleh itu, beliau berharap semua
warga SMK Intan Perdana akan menyokong dan sama sama berganding bahu
menjadikan 3 perkara tersebut sebagai halatuju sekolah untuk membina pencapaian
sekolah dalam semua aspek dan seterusnya merealisasikan slogan sekolah untuk

Page 7

 Saling bantu dan membimbing antara satu sama lain

Tindakan: Makluman

5.9 Beliau menambah lagi kemenjadian pelajar dapat dilihat apabila pelajar yang dididik secara
holistik berupaya mencapai potensi diri yang sepenuhnya dalam penguasaan pengetahuan
dan kemahiran, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri.

5.10 Tuan Haji Saidi mengingatkan semua guru bahawa kemenjadian guru diukur melalui
perubahan murid iaitu apabila guru berjaya mengubah seseorang pelajar menjadi seorang
yang cemerlang dalam semua aspek.

5.11Beliau juga mengingatkan semua guru tentang pesanan Pengarah, Pn Rusni Binti Ab. Jalil
semua guru mesti menjalankan PdP abad 21.

5.12 Beliau juga memaklumkan bahawa salah satu agenda utama JPNS bagi tahun 2017
adalah Memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). Oleh itu guru guru yang
berperanan sebagai pelaksana PBS perlu bersedia dengan instrumen-instrumen
pentaksiran.

Tindakan: Semua guru
5.13 Beliau juga mengulas tentang format baharu jadual waktu untuk sesuaikan dengan

KSSM 1 waktu ialah 30 minit bersamaan 32 hingga 37 waktu seminggu manakala waktu
guru mengajar aliran perdana bagi waktu 40 minit ialah 24 hingga 28 waktu seminggu.

5.14 Beliau juga mengingatkan semua guru untuk menghantar Buku Rekod Mengajar
pada setiap minggu. Semua guru harus memastikan BRM mesti lengkap sepenuhnya pada
minggu terakhir bulan Januari. Beliau memaklumkan bahawa pihak sekolah membenarkan
guru guru menggunakan fail tetapi mesti memenuhi apa yang ada dalam buku rekod.

5.15 Beliau memaklumkan bahawa setiap guru akan dicerap 2 kali setahun (Rujuk takwim
Feb dan Julai). Markah instrumens pencerapan semua guru perlu dihantar ke JPNS melalui
epantau dan dimasukkan juga dalam SKPM dan NKRA. Untuk mendapat markah 90 ke atas,
semua guru perlu memastikan pedagogi guru abad ke 21. Guru guru yang mengajar
matapelajaran Tingkatan 1, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP) perlu
dirujuk setiap masa semasa PdP.Jadi, apabila pencerapan dijalankan, pencerap perlu
merujuk DSKP.

Tindakan: Semua guru
5.16 Beliau juga mengingatkan semua guru bahawa buku nota dan buku latihan perlu

dihantar untuk disemak 2 kali setahun mengikut takwim iaitu sebelum cuti bulan Mac dan
bulan Ogos. Buku nota dan latihan dihantar ke bilik mesyuarat utama. Kumpulan pengurusan
akan menyemaknya. Perkara yang akan disemak :

 Kekerapan menanda
 Jumlah latihan minimum setiap panitia
 Pembetulan
 Ulasan guru

Tindakan: Semua guru

5.17 Tuan Haji Saidi juga memaklumkan Mesyuarat Post Mortem PT3 2016 akan
diadakan pada minggu ke 2 iaitu pada 12 Januari 2016 (Khamis). Kehadiran adalah wajib
bagi semua guru yang mengajar PT3 2016.Ketua Panitia perlu bersedia untuk
membentangkan Post Mortem dengan menggunakan Power Point. Aspek yang perlu ada
adalah seperti

1. Kekuatan
2. Kelemahan
3. Intervensi (Tindakan kita)

Similer Documents