Download Nota Elektronik Asas PDF

TitleNota Elektronik Asas
File Size748.8 KB
Total Pages23
Document Text Contents
Page 1

i

2.0 Elektrik dan Elektronik (EE)

2.1 Prinsip Elektrik & Elektronik

Mata pelajaran Elektrik dan Elektronik merupakan pengabung jalinan antara

bidang Elektrik dan Elektronik yang berteraskan teknologi dan memberi penekanan

yang lebih kepada pembelajaran praktikal. Ia menyediakan pengetahuan teori dan

amali dalam bidang Teknologi Elektrik dan Elektronik. Selain dari mengikuti topik

berkaitan dengan bidang Elektrik dan Elektronik, murid akan dilengkapkan dengan

kemahiran penting yang lain melalui topik seperti keselamatan, keusahawanan dan

pengurusan.

Topik-topik Elektrik merangkumi asas elektrik, kaedah penjanaan bekalan

kuasa,pemasangan dan pendawaian elektrik satu fasa, pengendalian dan kawalan

motor elektrik. Topik-topik Elektronik pula merangkumi asas elektronik, pengujian

dan pengawalan, asas sistem berdigit dan asas sistem perhubungan.

.

Objektif



1. Mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan bengkel.

2. Mengetahui, memahami dan mengaplikasi prinsip, hukum, formula,

terminologi, proses dan prosedur dalam kejuruteraan elektrik dan elektronik.

3. Mengenal pasti, mengguna dan menyenggara alat pengukuran dan pengujian

dan elektronik.

4. Memahami, membina dan menguji litar elektrik dan elektronik berpandukan

perincian yang diberikan.

5. Mengetahui dan memahami asas sistem berdigit dan aplikasinya.

6. Mengguna peralatan lukisan, membina dan membuat lukisan geometri.

Page 11

i

 menggandakan isyarat dengan sumber voltan rendah

 peralatan elektronik lebih tahan lasak

 Binaan dan Simbol transistor BJT

Terdapat dua jenis transistor BJT

 PNP --- satu lapisan nipis bahan separa pengalir jenis-N diapit oleh bahan

separa pengalir jenis-P

 NPN --- satu lapisan nipis bahan separa pengalir jenis-P diapit oleh bahan

separa pengalir jenis-N

 Kaji binaan serta simbol skematik kedua-dua jenis transistor dalam rajah 16

 setiap bahan separa pengalir ini disambungkan dengan kaki (pin)

 nama dan fungsi kaki transistor adalah seperti dalam jadual 1:

Nama Kaki Fungsi

dasar (base – B) mengawal arus pemungut

pengeluar (emitter –

E)

membekalkan cas-cas kepada

pemungut

pemungut (collector

– C)

mengumpulkan cas daripada

pengeluar



Rajah 16: Struktur asas dan simbol skematik transistor

Simbol Struktur transistor PNP Simbol Struktur transistor NPN

pengeluar pengeluar

dasar dasar

Jadual 1: Nama dan fungsi kaki transistor BJT

Similer Documents