Download Peribahasa Yang Sama Maksud-1 PDF

TitlePeribahasa Yang Sama Maksud-1
File Size207.3 KB
Total Pages41
Document Text Contents
Page 1

KELAS BM CIKGU JUILIS MOKUJAL

SENARAI PERIBAHASA YANG SAMA MAKSUDNYA

NO PERIBAHASA MAKSUD
1 (a) ada air, adalah ikan

(b) ada padang, ada belalang
setiap negeri ada penduduk/rakyatnya

2 (a) ada beras, taruh dalam padi
(b) taruh beras dalam padi

rahsia hendaklah disimpan dengan baik

3 (a) ada gula, ada semut
(b) ada padi masak, adalah pipit

di tempat mudah beroleh rezeki, banyaklah
orang bertumpu

4 (a) ada hari, ada nasi
(b) ada nyawa ada rezeki
(c) ada umur ada rezeki

selagi masih hidup, tentu akan beroleh
rezeki

5 (a) ada hujan ada panas, ada hari boleh
balas
(b) ada ubi ada batas, ada masa boleh balas

perbuatan buruk itu lambat-laun akan
mendapat balasan juga

6 (a) ada padi, segala menjadi
(b) beremas kemas, berpadi menjadi

orang yang berkemampuan, kaya, dan
berilmu mudah beroleh sesuatu yang
dihajatinya

7 (a) ada udang di balik batu
(b) berudang di balik batu
(c) berlurah di balik pendakian

ada sesuatu maksud yang terselindung di
balik sesuatu perbuatan, perkataan, dan
sebagainya

8 (a) adat teluk timbunan kapal
(b) adat teluk timbunan kapar
(c) adat lurah timbunan sarap

orang yang berpengaruh atau berpangkat
biasanya menjadi tumpuan orang untuk
mengadukan sesuatu hal

9 (a) air di daun keladi
(b) air di daun talas
(c) bagai air titik ke batu
(d) bagai tulisan di atas air
(e) daun keladi dimandikan
(f) kalis bagai air di daun keladi

nasihat dan ajaran yang sia-sia kerana tidak
mahu didengar/diambil peduli

10 (a) air cucuran atap jatuhnya ke
pelimbahan juga
(b) air di tulang bumbungan turunnya ke
cucur atap
(c) bagaimana acuan begitulah kuihnya
(d) bagaimana cetak begitulah kuihnya
(e) bagaimana contoh begitulah gubahnya
(f) bagaimana rupa begitulah bayangnya
(g) bapa borek anaknya tentu rintik
(h) ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke

(a) anak itu mencontoh sifat dan tabiat
orang tuanya
(b) sesuatu itu akan menurut asalnya

Page 2

KELAS BM CIKGU JUILIS MOKUJAL

nasi

11 (a) air digenggam tiada tiris
(b) sebagai kepiting batu

sangat berhati-hati/amat berkira untuk
mengeluarkan wang

12 (a) air diminum sembiluan
(b) air diminum terasa duri, nasi dimakan
terasa sekam
(c) tidur tak lelap, makan tak kenyang

sangat sedih sehingga menjejaskan
keenakan makan dan minum

13 (a) air dicencang tiada putus
(b) air ditetak tiada akan putus

dua orang yang bersaudara tidak akan
terpisah/ tidak dapat dipisahkan oleh
perselisihan

14 (a) air gedang menghanyutkan
(b) air tenang menghanyutkan

orang yang pendiam lazimnya berilmu dan
dapat melakukan kerja yang besar-besar

15 (a) air mata jatuh ke perut
(b) air mata jatuh ke dalam

berduka cita dengan memendamnya dalam
diam

16 (a) air orang disauk, ranting orang dipatah,
adat orang diturut
(b) haruslah air disauk, dan ranting dipatah;
lama hidup banyak merasa, jauh berjalan
banyak dilihat

undang-undang negeri yang kita diami
haruslah dipatuhi

17 (a) air setitik dilautkan, tanah seketul
digunungkan
(b) sekepal menjadi gunung, setitik
menjadi laut

membesar-besarkan perkara yang kecil

18 (a) akan pembasuh kaki
(b) akan pembasuh tangan
(c) jadi alas cakap

sesuatu hadiah untuk orang yang berjasa

19 (a) alang dijawat, tepuk dibalas
(b) alang berjawab, tepuk berbalas

yang baik dibalas baik, yang jahat dibalas
jahat

20 (a) alang-alang berminyak, biar licin
(b) alang-alang berdakwat, biarlah hitam
(c) mati-mati berdakwat biar hitam
(d) mati-mati berminyak biar licin
(e) mati-mati mandi biar basah
(f) sepala-pala mandi biarlah basah

melakukan sesuatu itu mestilah sampai
beroleh matlamatnya

21 (a) alu pencungkil duri
(b) seperti antan pencungkil duri

(a) sesuatu yang tidak mungkin dapat
dilakukan
(b) pekerjaan yang tiada manfaatnya/sia-sia

22 (a) anak badak dihambat-hambat sengaja mencari bahaya, kesusahan dan

Page 20

KELAS BM CIKGU JUILIS MOKUJAL

diketahuinya di tempat itu tidak ada orang
yang pandai

178 (a) dulu intan, sekarang jadi batu buatan
(b) dulu besi, sekarang timah
(c) dulu permata intan, sekarang batu
Belanda

orang berpangkat yang telah diturunkan
pangkatnya

179 (a) dua badan senyawa
(b) satu nyawa dua badan
(c) sejiwa dua tubuh
(d) sekain sebaju, sebantal sekalang hulu,
setikar seketiduran
(e) selapik seketiduran, sebantal sekalang
hulu
(f) selauk senasi
(g) seperti dua senyawa
(h) setikar seketiduran

sangat akrab

180 (a) dunia diadang, saku-saku dijahi
(b) muda diajun, kikir diperbuat

gemar/mahu bersuka ria tetapi tidak mahu
merugi

181 (a) ekor anjing berapa pun dilurut tiada
juga betul
(b) ekor anjing berapa pun dilurut akan dia
tiada juga betul
(c) habis minyak sepasu, ekor anjing diurut
tiada akan lurus
(d) hendak meluruskan ekor anjing

kelakuan seseorang yang jahat sukar untuk
diubah

182 (a) emas berpeti, kerbau berkandang
(b) kerbau berkandang, emas berpura

harta benda mestilah disimpan di tempat
masing-masing supaya selamat

183 (a) esa hilang, dua terbilang
(b) pertama hilang, kedua terbilang

berusaha dengan keazaman yang
bersungguh-sungguh dan tidak takut
menanggung risikonya

184 (a) gajah berjuang sama gajah, pelanduk
mati di tengah-tengah
(b) gajah berjuang sama gajah, kancil mati
di tengah-tengah
(c) gajah bergajah-gajah, pelanduk mati
tersepit
(d) gajah sama gajah berjuang, pelanduk
mati di tengah-tengah

(a) kalau raja-raja bermusuhan, rakyat yang
mendapat susah
(b) yang kuat bergaduh, yang lemah
mendapat susah

185 (a) gajah empat kaki lagi tersaruk (a) orang besar-besar itu ada waktunya

Page 21

KELAS BM CIKGU JUILIS MOKUJAL

(b) sedangkan gajah yang besar dan
berkaki empat lagi tersandung

akan kehilang kebesarannya
(b) nasib tidak dapat ditentukan

186 (a) gajah hendak berak besar, kita pun
hendak berak besar juga
(b) gajah berak besar, kancil pun hendak
berak besar, akhirnya mati kebebangan
(c) gajah berak besar, pelanduk pun hendak
berak besar, akhirnya mati kebebangan
(d) gajah lalu kumpai layu
(e) seperti pipit menelan jagung

kerana hendak meniru-niru perbuatan
orang kaya (besar), akhirnya diri sendiri
yang binasa

187 (a) gajah mati kerana gadingnya
(b) harimau mati kerana belangnya
(c) kasturi mati kerana baunya
(d) mati kuang kerana bunyi
(e) mati rusa kena jejak, mati kuau kerana
bunyi
(f) mati rusa kerana tanduknya

mendapat kesusahan atau kecelakaan
kerana kelebihan yang dimilikinya

188 (a) gajah seekor gembala dua
(b) enau sebatang dua sigainya

(a) sesuatu pekerjaan yang diketuai oleh
dua orang
(b) dua orang lelaki yang mencintai
seorang perempuan

189 (a) gajah terdorong kerana gadingnya,
harimau terlompat kerana belangnya
(b) kuat gajah terdorong, kuat harimau
terlompat-lompat
(c) terdorong gajah kerana besarnya

melakukan sesuatu yang kurang baik oleh
sebab kelebihan yang dimilikinya

190 (a) galas terdorong kepada Cina
(b) gadai terdorong ke (pada) Cina
(c) gadai terdorong pada Cina

sudah terlanjur dan tidak dapat ditarik
semula

191 (a) geruh tak mencium bau
(b) geruh tak berbunyi, malang tidak
berbau

sesuatu kecelakaan atau kemalangan itu
terjadi tanpa diketahui

192 (a) gigi tanggal, rawan murah
(b) mata telah rabun, bandar pun terbuka
(c) gigi telah gugur, tebu pun menjadi

keinginan yang datang setelah kesempatan
atau keupayaan tidak ada

193 (a) guna-guna alu, sesudah menumbuk
dicampakkan
(b) habis manis sepah dibuang

digunakan semasa diperlukan sahaja,
selepas itu ditinggalkan/diabaikan begitu
sahaja

194 (a) habis geli oleh geletek, habis rasa oleh
biasa

sesuatu kesukaran tidak terasa lagi kerana
sudah biasa dilakukan

Similer Documents