Download Punca Konflik Dalam Keluarga PDF

TitlePunca Konflik Dalam Keluarga
File Size104.0 KB
Total Pages3
Document Text Contents
Page 1

Punca Konflik Dalam Keluarga

Konflik adalah bahagian yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan berkeluarga (Patricia

Noller dan Mary Anne Fitzpatrick,1993). Apakah konflik dalam keluarga? Konflik berlaku apabila

terdapat ahli-ahli keluarga yang tidak bersetuju mengenai sesuatu perkara dalam kehidupan

mereka. Antaranya ialah siapa yang patut melakukan tugas tertentu, bagaimana sumber

digunakan secara bersama ataupun bagaimana keputusan harus dibuat. Perbezaan-perbezaan

ini memberi kesan ke atas seluruh atau sebahagian ahli-ahli keluarga.

Kehidupan berkeluarga bererti berinteraksi, berkomunikasi dan berhubung

menggunakan tubuh badan, fikiran, emosi dan suara hati. Akal, perasaan dan emosi biasanya

menjadi bibit-bibit awal kepada konflik yang merumitkan hubungan kekeluargaan. Akhirnya isu-

isu yang kecil menjadikan ahli keluarga "berperang besar" kerana perselisihan faham

disebabkan masing-masing menyalahkan satu sama lain di atas kegagalan menguruskan rumah

tangga.

Dalam lakonan kami, antara punca konflik yang timbul dan meruncing dalam keluarga

kami ialah :

1) Masalah kewangan

Masalah kewangan sering kali menjadi punca utama dalam konflik keluarga. Sumber

pendapatan yang rendah tidak mampu menampung ahli keluarga di samping

peningkatan kos sara hidup yang tinggi. Dalam kes ini, Zain dan Ersalina selaku ibu dan

ayah telah mengalami masalah kewangan di mana gaji yang mereka terima amat

rendah walaupun kedua-duanya bekerja. Keperluan dalam keluarga juga tidak dapat

dipenuhi sepenuhnya oleh seorang ibu dan bapa mungkin menyebabkan ahli keluarga

memberontak. Anak Zain iaitu Hadi telah mengamuk apabila dia tidak dapat wang saku

dari ayahnya Zain dan menyebabkan mereka bertengkar.

Kos hidup yang semakin meningkat dan gaji yang rendah telah membuatkan

pasangan keluarga Zain telah mengehadkan perbelanjaan. Konflik berlaku apabila

Ersalina telah membeli barang-barang yang bukan keperluan utama mereka seperti

barang kemas, alat solek dan sebagainya. Pembelian ke atas barangan yang tidak perlu

telah mengurangkan pendapatan keluarga Zain dan menjadikan krisis kewangan lebih

rumit. Faktor wang ini telah menyebabkan pergaduhan di antara Zain dan Ersalina yang

Similer Documents